KUALA LUMPUR: UMNO akan ditimpa mudarat lebih besar sekiranya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, kestabilan tidak boleh dijadikan alasan untuk mana-mana pihak menyokong tindakan berkenaan.
“Sekarang nak sekat demokrasi dengan alasan kestabilan lagi? Hanya yang gila kuasa dan kemaruk jawatan serta kepentingan sahaja tak tahu malu guna alasan konon suci macam ni.
“Jutaan lagi ahli UMNO tahu sangat agenda masing-masing. Kalau betul dua jawatan ni tidak dipertandingkan, tunggu lah, UMNO akan ditimpa mudarat lebih besar.
“Bukan ahli UMNO sahaja hilang kepercayaan tetapi rakyat juga akan berpaling muka dari UMNO,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, semakin dekat Perhimpunan Agung UMNO khas, semakin banyak pendapat menyokong dan menyanggah supaya jawatan Presiden dan Timbalan dipertandingkan.
Katanya, yang mahu pemilihan diadakan ada sebab tersendiri, yang enggan pula ada kepentingan serta sebab tertentu.
“Yang tidak mahu pemilihan punyai pelbagai alasan. Wala’ kepada pemimpin lah, setia kepada Presiden lah. Paling mual, nak pastikan kestabilan untuk hadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Alasan sama sebelum PRU15. Konon untuk pastikan parti kuat dan menang. Menang apanya? Kalah teruk lagi ada. Paling teruk dalam sejarah, 26 kerusi sahaja berbanding 54 kerusi PRU14.
“Paling tidak, sebelum PRU15 UMNO kuasai kerajaan. UMNO Perdana Menteri. Pergi desak PRU15 diadakan atas alasan kestabilan, sudahnya lagi porak peranda,” katanya.
Astro Awani
Wed Jan 04 2023
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, kestabilan tidak boleh dijadikan alasan untuk mana-mana pihak menyokong tindakan berkenaan. - FB Dato' Yusof Ismail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Terpaksa tandatangani beberapa dokumen sehari sebelum pencalonan PRU14 - Zuraida
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu bahawa beliau terpaksa menandatangani beberapa dokumen yang disediakan oleh parti itu sehari sebelum penamaan calon bagi PRU14.
Zuraida tandatangani bon secara sukarela tanpa paksaan - Saifuddin
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Zuraida juga mempunyai pengetahuan bahawa setiap calon yang dipilih untuk bertanding atas tiket parti berkenaan perlu menandatangani bon itu.
"Elak pemilihan PAU dengan alasan kestabilan lagi?"- Ketua UMNO Alor Setar
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, kestabilan tidak boleh dijadikan alasan.
PRU15 dalam angka
PRU15 menyaksikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada lebih 21.17 juta pemilih dengan kira-kira separuh darinya pengundi muda iaitu seramai 10.6 juta orang.
Oops! Kekecohan pada hari penamaan calon yang kita masih ingati dalam PRU terdahulu
Hari Penamaan Calon tidak lepas dengan warna-warninya; ada yang kecoh, ada juga yang tenang dan berjalan lancar.
Kestabilan negara terjejas sejak BN kecundang pada PRU14 - Ahmad Zahid
Soal kestabilan negara mula kelihatan berantakan sejak Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu.
BN hilang negarawan bila tumbang dalam PRU14 - Presiden MIC
Ketidaktentuan yang berlaku dalam negara sepanjang pemerintahan PH tidak seharusnya berlaku lagi dan gabungan itu tidak boleh dibenarkan memenangi pilihan raya akan datang.
Dunia kewartawanan alami kesegaran selepas 2018, tapi masih berdepan kekangan - Johan Jaaffar
"Apa yang penting sistem politik, orang politik atau kerajaan datang dan pergi. Namun, yang tidak ke mana-mana adalah wartawan."- Johan Jaaffar
UMNO tiada DNA cetus kekacauan - Ahmad Zahid
UMNO tidak mempunyai DNA atau baka untuk mencetuskan kekacauan yang kemudiannya boleh menyebabkan negara terjerumus kepada keadaan tidak menentu.